KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam pertemuan empat (4) mata yang berlangsung di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pagi ini tadi.
Kunjungan berkenaan antara lain memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada dengan Sarawak sekali gus meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.
Hadir sama dalam kunjungan berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 2 merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Timbalan Ketua Menteri 3 merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan beberapa rombongan yang turut serta dalam kunjungan berkenaan.
Sumber dari : Sarawakku